5 perkara TEMAN saya perlu faham tentang WANITA seperti saya..hihi..ini tiada tujuan lagi.sekadar ingin berkongsi.
Kadang2 teman saya ada bertanyakan soalan2 yg saya rasakan nak tergelak pun ada..tp betuller lelaki nie tak berapa faham dengan hati wanita yang terkadang sejuk seperti air batu, terkadang panas seperti gunung berapi yang baru meletuskan lahar apinya. Walau apa jua konotasinya, teman saya perlukan sedikit bantuan untuk memahami saya..=p
1. MENGAPA TEMAN WANITA/TUNANG SAYA SUKA BERGAYUT DI TELEFON BERJAM2 LAMANYA?
Saya ni seorang wanita yang mana memiliki cakupan topik yg lebih luas (bayangkan jika saya mahu bercakap tentang segala-galanya. Daripada kisah artis, makanan, kasut baru,handbag baru, gincu, tudung baru, tentang keluarga, kawan2 dan akhir sekali tentang awakler mr.tunang termasuk sekali dalam topic.heee. Lagipun saya percaya keintiman menerusi telefon merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mempertahankan perhubungan. Benar atau tidak???
2. MENGAPA WANITA SUKA BERGOSIP?
Eh mana ada???tidak semua wanita suka bergosipler.. Saya punya sebab untuk bercakap kerana saya perlu tahu apa-apa yang berlaku di persekitaran saya. “Ingat wanita sememangnya dibekalkan dengan naluri suka mengorek rahsia, juga keinginan untuk menggali dan mencari ‘sesuatu’ yang tersembunyi daripada berpuas hati dengan melihat permukaannya sahaja.hahaha..nak buat mcmana kan?
3. MENGAPA TEMAN WANITA/TUNANG SAYA CEMBURUKAN KAWAN WANITA SAYA?
Cemburu adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih dan sayang bagi seorang wanita terhadap pasangannya. Bukan cemburu buta atau tidak percaya tetapi fikirannya selalu memikirkan tentang masa si lelaki yang ‘dicuri’ oleh kawan-kawan wanitanya. Maka kerana itulah cemburu terbenih. Lagipun apa org kata cemburu tandanya kan sayang…that’s why ler sy cemburu tau..=)
p/s: untuk yang wanita sila baca sebaliknya.cth: MENGAPA TEMAN LELAKI/ TUNANG SAYA CEMBUURUKAN KAWAN LELAKI SAYA?
4. MENGAPA TEMAN WANITA/TUNANG SAYA KUAT BERBELANJA?
Tidak seperti lelaki, wanita memerlukan 10 pasang kasut untuk disesuaikan dengan aktiviti sosialnya, dan wanita juga memerlukan 10 helai shawl untuk disesuaikan dengan warna bajunya. Itu hanyalah sekadar contoh apabila awk tnya saya kenapa nak kene beli kasut/handbag bnyak2 nie..baru semalam beli 5..lalalala=p
Namun lelaki harus ingat wanita ialah pemegang kunci perbelanjaan dapur dan wanita juga adalah orgnya yang menata masa depan rumah, drpd soal pemilihan langsir, alas meja, pelapik sofa sehinggalah ke pasu bunga. Awk tentu tak nak fikir benda alah yg remeh2 nie kan…kali ni saya betul tak???
5. MENGAPA TEMAN WANITA/TUNANG SAYA SELALU BERLETER?
Berleter???eh takler..itu cakapjer…lagipun itu adalah medium untuk wanita melempiaskan sepenuh perasaan terhadap lelaki. Malah bnyak wanita mengakui terpaksa berleter kerana itu saja caranya untuk menembusi tembok ego lelaki yang enggan mendengar nasihat, enggan menerima pendapat, malah enggan mengakui kesalahan sendiri.
Terima kasih kepada info pesona dan kepada wanita di luar sana yang bersetuju dengan saya sila tingalkan sebarang komen. ataupun mana yang kurang puas hati juga bole beritahu saya. sekadar ingin berkongsi dengan semua..hehehe....
4 pot-pet:
Hye nice entry here… im cik cha, very new berblogging-blogging nih! Hehehe…info tentang wanita nih mmg menarik
do visit my blog at http://sharemyloves.blogspot.com
kerna aku wanita biasa :p
Best juga baca yang Mira tulis ni.
thanks sume yang suke baca tulisan yang x seberapa nie
Post a Comment