peserta 'Malaysia Top Host 2010'
(Syazwani)
Selepas 11 minggu Syazwani Diyana,24 and the geng berhempas pulas nak mendapatkan gelaran 'Malaysia Top Host 2010' akhirnya beliau sendiri telah dinobatkan sebagai juara oleh yang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Seri Farid Ridzuan. Syazwani Diyana mendapat wang tunai berjumlag RM 10, 000 dan menjadi sebahagian warga kerja TV3 selepas ini. Siaran Langsung rancangan realiti tv ini saya saksikan dari rumah dengan kerabat keluarga.
Saya mungkin salah seorang penonton yang tengok. walaupun tak selalu.tapi saya tahu la sikit2 pasal cerita ini. Pesaing terdekat malam tadi adalah Fadhil Mohammad Isa,25. (saya suka cara die cakap depan kamera). mmg x poyo.hehehe..cabaran terakhir yang menentukan siapa yang menang malam tadi adalan sesi temubual ekslusif bersama Dato' Siti Nurhaliza dalam masa 4 minit. so ikut masing2 la nak tanya ape kat Dato' Ct
(Fadhil)
Cerita tentang Syazwani:
- sedang mengambil 'masters' dalam jurusan komunikasi dari Universiti Teknologi MARA,
- ingin diberi peluang mengacara rancangan 'Majalah 3' mahupun 'Malaysia Hari Ini'.
- pernah bekerja sebagai penolong pengarah dan penerbit bebas di Astro selama empat tahun. Gara-gara kerana terlalu bagus di dalam kerjanya, dia tidak diberi peluang untuk mengasah bakatnya di depan kamera. Atas sebab itu dia menyertai Top Host 2010.
Nasib keempat finalis yang lain - Fadhil, Za'im Helmi Zaini, Nur Liyana Adnan dan Nabihah Md Rosdi - Farid memberitahu sayang jika dilepaskan mereka kerana semuanya memang bagus. Atas sebab itu, mereka akan diserapkan juga ke dalam Media Prima, baik dalam stesen TV3, TV9, 8TV atau ntv7.
Tahniah pada semua:)
0 pot-pet:
Post a Comment