TABUNG HARIAN

Followers

Wednesday, January 19, 2011

Pesta kutip duit syling di Highway PLUS

Tanpa menghiraukan keselamatan, orang ramai berebut² bagaikan pesta mengutip duit syiling yang bertaburan di Kilometer 243 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas di Seremban semalam. Kejadian ini berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut dipercayai tercampak keluar dari pacuan empat roda (toyota hilux) itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW. Akibatnya ribuan duit syiling bernilai 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuhraya sepanjang kira-kira 100 meter. Keadaan itu menyebabkan orang ramai menghentikan kenderaan masing² di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.





Beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya yang berada di situ dikatakan gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Orang ramai mula meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

p/s: manusia akan hiraukan keadaan sekeliling bila dah nampak duit depan mata even duit tue duit syiling..tetap bernilai akak-akak oi!....yang peliknya...duit @ nyawa yang penting.?sebab kutip duit dekat highway kot.thanks to bloggers yang share cerita ini.kalau ada kat tempat kejadiaan aku akan join jugak ke????

12 pot-pet:

asybedazzle said...

ohh rezeki jgn ditolak. hehe. hyee :)

Amira is mira said...

@asybedazzle:rezeki mesti jgn tolak...tapi bahayakan nyawa

a n a s t a s y e a said...

setuju dengan amira =)

hamzah ian said...

kalau ada sana aku pun kutip gak.. hahaha

shahjiehan said...

huih.. manusia sekarang.. pelik2

rezeki mmg rezeki, tapi klo rezeki x halal buat apa kan..

tp klo kampeni tu halalkan x pe la~ huhuh

afiq said...

omg.. duit syiling pon org berebut.. bahaye pulak tuh.. isk

Faaizz d. Zul said...

kalau aku,
rasanya aku kutip jugak,


lepas line clear. hehe ^^

Rafi Samian said...

diut syiling kat rumah bersepah xkutip pon

zmah said...

Rezeki bergolek...

zmah said...

Rezeki bergolek...

areripe said...

geng-geng motor ni cakap.
lepas duit minyak motor sudah!
haha!

HaNa HoNeY said...

pergh..bru syiling tuh
lom duet ketas lagi en

Tabung Harian

Related Posts with Thumbnails
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

design by Grumpy Cow Graphics