TABUNG HARIAN

Followers

Wednesday, January 26, 2011

Hidup dengan coklat.[kebaikan]

selamat pagi rabu!
hari ini me akan ke johor bharu..bukan balik kampung.tapi kene outstation sampai ke sana..so kalau nak jumpe me bolehla ke danga city mall..{ahaha...ayat mcam artis famous macik}....kerja ke sana maybe smpai sabtu @ ahad. bnde nie tak sure lagi. pape pun kene refer pada boss bila me akan balik. 


niat hati mmg nak balik rumah kalau sempat, memandangkan cuti raya cina nnti tak dapat balik jumpa mereka. pada adik ku icha kau jgn rindu aku okey.nnti aku belikan ape2 yang patut untuk kau bile aku balik rumah. specail punye untuk kau and mama tercinta!

bekalan dalam perjalanan!.tak leh share banyak2..nnti ada pihak yang marah..huhuhu
sekarang hidup makan coklat.kurang makan tengah hari.bgus tak diet saya??
beg penuh dengan coklat..


Makan coklat baik untuk kesihatan

Utusan Malaysia, Jumaat - 20 Ogos 1999

London - Penyelidik mendapati coklat adalah sumber sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannya di dalam teh.

************************************************************************************

KEBAIKAN COKLAT

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

SUMBER: http://sharifahelzahra.tripod.com/id1.html

************************************************************************************

JENG~~~JENG~~~JENG yang ni saya suka

COKLAT UNTUK KECANTIKAN
Bagi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah. Coklat juga boleh dibuat mask dengan cara yang betul.

sumber:http://kumpulan.info/cantik/tips-kecantikan

************************************************************************************
MELINDUNGI SERANGAN JANTUNG
Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

sumber: ehoza.com

*************************************************************************************
COKLAT TIDAK MENGEMUKKAN

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

sumber: ehoza.com

************************************************************************************

COKLAT HILANGKAN STRES

Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

sumber: ehoza.com


7 pot-pet:

zmah said...

Makan coklat boleh tapi jangan lupa bilas tekak dengan air kosong.

Mas Ayu said...

xbape nak suka chocolatela..white choclate bolehla lagi..hehe

Puteri Iqa Izyan said...

yummy2~~

satu lagik.. cokelat boleh hilangkan pedas :D

Amira is mira said...

coklat mmg best!!!.....

@zmah: mmg selalu minum air kosong pas makan coklat

@mas: white cok tak best sgt!

@iqa:betol....skrg addicted to choc!

misluvcoklat said...

yeah!
coklat bole ilang stress :)
i lub coklat ^^

nik rosmawati said...

sy sgt suka coklat.

coklat mmg best.

cengkerangcipot said...

nice info..
thx ya.. :)

Tabung Harian

Related Posts with Thumbnails
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

design by Grumpy Cow Graphics