TABUNG HARIAN

Followers

Wednesday, June 2, 2010

Sinopsis Lagenda Budak Setan- 3 Jun 2010

Lagenda Budak Setan


adaptasi dari sebuah novel terlaris Malaysia.
SEBUAH LAGENDA CINTA TERHEBAT MUSIM INI.
Filem yang pasti akan merobek setiap perasaan penonton.
Empat jiwa dengan empat rahsia cinta.
Merungkai rahang jiwa KASYAH, AYU, AZMI & KATERINA.

Tidak kurang dari berapa jam citer yang di adaptasi dari novel yang bolh dikatakan gila masa zaman sekolah rendah' AHADIAT AKASHAH' akan ditayangkan di seluruh pawagam kat Malaysia ini. mmg syok abes bile tgk promo and skrin extravaganza citer nie kat Astro Ria kemarin. short scene citer nie mmg wat aku hilang keruan sekektika memandangkan waktu untuk midnite mmg bukan pilihan yang tepat bila duduk bercuti ini. silap jangkaan kalau nak tgk midnite la ea cter nie..

Sinopsis:
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.


Bila dengar "budak Setan" mesti pikir Ali setan dengan Asmida lakonan Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud. seyes citer nie dulu femes gak. mmg setan betol c ali. citer zaman skolah rendah. tue dah kire okeyla rate masa zaman tue. bukan mcm skrg ok. zaman moden..canggih sikit.
Ali Setan-16 Febuari 1985

*nota untuk kaki wayang: have fun esok LBs nie esok ok:) Selamat menonton!


7 pot-pet:

Ayuni said...

na tgk cite ni! huuu~

Amira is mira said...

jom2...jumpe esok kalau g esok!..hihi

FyZa said...

x sabar nk tgk cita nie..terbaekk!

ayumiyoshida said...

mira! kau mst tw byk tmpt shopping on9 kan? share la link dgn aku. hukhuk. XD

Amira is mira said...

fyza: kalau da tgk dulu nnti story ea.

ayumia: hahaha..mane ader aku tawu on9 shopping...mane ko tawu nie...malu ehhh

ayumiyoshida said...

haha. tau la tu..saje je..huhu. lagu dy besh r cite ni! novel ni aku bc masa form3 dulu ta sangka nak ada cerita dy. haha.

reality said...

cite yg best..rugi spe xtgk..tangkap cintan tu..

Tabung Harian

Related Posts with Thumbnails
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

design by Grumpy Cow Graphics