TABUNG HARIAN

Followers

Sunday, November 28, 2010

Kahwin!

hai semua..happy meal sunday!! 
rasanya dah seminggu lebih tak cerita pape kat sini. bukan ape.maklum la kalau dah balik johor nie mmg sentiasa busy;.semua laman sosial jarang dilihat dan dimanja-manja. komitmen pada keluarga is number 1!cuti semester yang singkat dan yang tak best sbb masa bergolek dirumah kurang! esok dah mula kisah hidup baru.jeng..jeng..jeng.....

cuti yang pendek ini mmg jadi orang kuat dirumah.muscle2 dah keluar. tenaga fizikal dah habis.tulang 4 kerat pun dah longgar! urat kentut pun dh putus!haha..(itu trend ayat family saya bila dah terlalu penat).ini semua disebakan nak smbut sepupu ipar baru. besar-besaran punya majlis kami sekeluarga adakan. satu kampung wa cakap lu orang datang tolong rewang!haha.seminggu berhempas pulas nak smbut orang baru!

semalam majlis perkahwinan nye.part yang best bila pengalaman pakaikan pengantin inai smpai kol3 pagi.kompem pelik!(pandai ke)

itu sebabnya seminggu saya tinggalkan blog!bersebab okey...mesti minggu lepas punye analytic sikit ciput je!jeles pada mereka yang tiap2 hari ader je cerita.
jum usha gmbr sebagai bukti..hahaha
 ini bukan berlakon!candid tyme..

 flower gurl yang comel!
sepupu yang baru nak membesar
(nape time kecik tade jadi macam nie?)

 with macik-macik n mama yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing..
semua kerja kami get long bersama!

 special! 
papa and mama kene interview dgn vdoegrapher!
kononnya wat ucapan wakil pacik and macik untuk pngntin sbgai kenangan

ini semua macik saya yang masih anak dara.
sapa berkenan pm me!

bukan sign attendance..wat guest book.
ader wish kat situ..rahsia saya tulis ape!hihi


taraaaaa!...
inilah pengantin
cantik kan???
semoga bahagia ke anak cucu.ko cipta rekod dd kahwin.sbb banyak sgt bendul yang ko langgar
CONGRATS!

Sunday, November 21, 2010

Good luck.1st time masuk kerja!

hai korang..

esok ramai mmber yang 1st day lapor diri untuk praktikal.  bila baca status masing-masing kat facebook ada yang nervous la risau la..takut tak betul.silap-silap belom pape dah kene tegor sana dan sini. nasib korang lah kan. kalu dapat yang okay bagus lah..pape pun semoga berjaya untuk korang semua..especially untuk student UiTM yang esok akan lapor diri untuk wat latihan industri. jangan risau..tak lame sangat pun.cukup 5 bulan.habisla..(ayat sedapkan hati)


Penangan Coffee

penangan coffee semalam mmg mantap ar. 1st tyme wat air kopi gune serbuk kopi yang orginal. tanpa ada bahan pengawet, pewarna tambahan tanpa segala bahan perasa. mmg KAW KAW punye air kopi malam semalam minum!!!. kesannya smpai kol 4pagi masih berjaga macam baru kul 8 malam. segar bulat-bulat mata.


sangat geram tak boleh tidur.kalau tidur kompem2 la dah mimpi smpai ke Hawaii.jauh tak angan-angan aku. nak ke sana?pagi tadi dah lah kami sekeluarga ada plan nak hantar pengantin. bygkan seawal pagi dah kene bangu sedangkan mata ni baru je nak bermanja-manja. betapa geram nya aku dengn air kopi serbuk! kalau yang uncang mesti tak amuk macam nie!hiihihi...

Saturday, November 20, 2010

Berjiwa sukan!

Mood sukan asia guangzhou 2010 baru muncul hari ini. gara-gara tengok semi final regu badminton dan sepak takraw. Tahinah skuad sepak takraw!fuyoo...jadi peminat yang mmg fanatik la satu hari ini. emosi mmg tak bole kawal.pastu tengok speak takraw jadi kagum sebab pengadil nye perempuan melayu, noor azura dari singapore. mmg style r! then puas gelak bila tengok player dari msia asik gelakkan pemain korea..aku pun gelakkan jugak walaupun dari rumah.
 
Semoga berjaya kepada semua atlit Sukan Asia Guangzhou 2010!
semoga berjaya bawak balik pingat. 
Majulah Sukan !

Friday, November 19, 2010

Meriah sakan!




hai semua...
hari ini aktiviti dudk rumah penuhkan lagi rancangan tv dalam kepale. kesempatan cuti seminggu yang diberi perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan membuat semua kerja amal dan berfaedah.makan kompem tak hingat dunia. bila tengok dah semua bahagian kat badan naik. baru risau tak hingat dunia!

sebelum pulang ke johor dan meninggalkan tanah melaka sebagai seorang pelajar. malam terakhir sempat berjimba-jimba dengan besties kat mahkota parade. tarak ape pun yang best.just main bowling dan celebrate belated birthday mmber yang tak sempat nak celebrate before ini..HAPPY BIRTHDAY ANDA  SEMUA!baru tahu bukan senang nak cari cake bila jam dah 10.30 malam di melaka!

malam tue kompemlah tak jadi winner. just jadi mammarazi sebb akulah pengibur mereka sume. baru havoc!hihi..kemenangan bukan pada saya. nasib baik ada imah.engkaulah teman aku dikala mereka sume gembira dengan result masing-masing...camwhore tetap ada dimana-mana! jom berkenalan dengan mereka..

dengan mama. oops nie bukan mama kandung ok.ini mama kepada kami sume.sebab dia keibuaan...mama, nnti jangan lupe kami semua ye. baju kami same colour!

ika.me and mieya.ni sume kaki gelakkan orang. pantang ada lawak jenaka.laju je eh korang nak ajak aku gelak.hahaa....yang paling nakal kanan sekali.


yang paling penting kita kene tengok gaya lincah, mantap dan tegap suma. skill sebagai seorang bowler.mesti ditonton.bukan mudah..hahaa...bila part pilih bola sume nak yang pilih ala-ala pilih besi angkat berat. tanak yang ringan. saya sesuai yang size 7 @ 8 je okay. yang lain saya tak terangkat!

imah..nape ko tdo???

gaya pertama: apiz
kaki senget. jari main peranan supaya bola tak masuk longkang eh?

gaya kedua: Imah
patutla ko menang bergaya..kaki main peranan. smpai hati tanak ajar aku malam tue.
hebat r ko.!hahaa

gaya ketiga: pejal
tangan macam baling bola kelapa je. opss..lupa ko dah biasa dengan kelapa.

gaya keempat: marzuki
ini mmg teror buat bola pusing kat lane. smpai aku pun pelik mcm mane bola tue boleh straight then pusing di tengah lane.ada bela tahyul eh?haha

gaya kelima: wida
gaya seorang winner. walaupu dtg lambat dan malam tue penuh dengan masalah..strike sentiasa!

gaya keenam: mieya
cubaan sekali. walaupun sekali je balingan kira okeyla.pin banyak jugak yang jatuh.

dah..pasnie jarangla datang ke mp(mahkota parade).sbb dah tak jadi orang melaka lagi pasnie. kalau tak bila poket penuh, ada orang ajak jalan mesti nampak saja dimana-mana celah mp or dp.


Wednesday, November 17, 2010

Happy aidul adha

selamat hari raya haji pada semua teman-teman yang kenal atau tak. yang rapat lagi mesra, yang kenal tapi tak mesra, yang berteman dan bermesra..semoga mendapat keberkatan! hari nie kami satu family akan mengorbankan seekor lembu..aku da tengok lembu tue. muka dia garang

cerita pulang berhari raya haji. sangat sedih. sebb dalam bus pukul 9 masih didalam bas. thanks to imah, coz nasib kter sama.dengar takbir dalam bas. i hate traffic jam!!!! pacik driver bas yang ramah tmah tak adalah bosang sangt.  lapar usah dikata...mmg betol itulah pengorbanan balik kampung berhari raya...:)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA

Sunday, November 14, 2010

Wajib balik!

susana yang dingin. sejuk yang cool.hujan yang lebat. dapat bayangkan tak kalau sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk tarik selimut. cari bantal yang empuk untuk dijadikan bantal peluk. lepas tue zzzz..


terasa malas petang nie nak balik melaka..pastue hari selasa kena balik johor lagi.kalau la ada driver sendri yang bole beranta dan beramik..masyuk terus. jap lagi tinggalkan la sekejap laptop kesayangan. terasa malas nak bwk laptop. bukan nya lame pun.sekejap je kan..so mungkin 2 hari ini saya akan offline.jangan rindu saya ye. kalau rindu jengah blog kesayangan ni.

wajib balik melaka sbb ada bengkel finishing school. nape la mesti esok. nape tak buat bulan lepas je. kan da kene balik semata-mata demi kau.!

gmbr petang semalam. smbil cerita pasal hal isu semasa dengan macik depan rumah.ini aktiviti lapang kami sekeluarga di waktu petang
 kaki yang kecil or selipar yang besar?

 ready dik. kita nak wat star jump! hoyeaaa

muka ikhlas dari saya!@
kalau rajin jom bace SINI! (ada ilmu berguna)hihi

Saturday, November 13, 2010

Insan bertuah yang ke 100

hai semua
hari ini jadi insan bertuah yang ke 100. jadi insan bertuah ni bersebab okey.bukan main-main taw. dah nasib semalam duk blogwalking seharian. almaklum la kan. duk rumah segalanya ikut suka hati.
ceritanya semalam saya menjadi follower yang ke 100 untuk Apezs Slamber. nak jadi kan cerita saya beruntungla nasib. dapat hadiah dari apezs. thanks to him! siap ada banner special khas direka untuk saya. malu eh!
anyway thanks to Apezs Slamber. nak jadikan cerita jom kita usha entry yang dia reka untuk saya. tekan SINI!

pesanan untuk apezs! :


semoga awak berjaya. dan mendapat follower yang semakin ramai!
good luck....

pesanan untuk hadiah:
saya sukakan nya..walaupun kecil tapi amat bermakna.usaha berblogging bermakna!

Friday, November 12, 2010

Header belog kami

testing.testing.
saja nak test header. nak ambil url pic setiap dari header nie. dulu selalu amek dari facebook
tapi bila fikirkan semula. dah malas nak upload facebook. nanti orang kata heboh sekampung.
ok tak?





kalau nak add facebook dan berkawan dengan saya.
sila maklumkan okei
sbb kalau tak setahun saya tak approve. hihi

Happy family.

saya suka tengok gambar kami semua. gambar ni kami semua gembira sakan kan. korang nampak tak keriangan kami semua. bukan senang nak wat ajak semua bergmbr then happy sama-sama. family saya dah msak dengan perangai kami.

cerita disebalik gambar:
perkahwinan kak mai (my aunt) tapi panggil kak. sbb dia masih muda.tak seswai macik. x rock!hoyeaa... last month rasanya. sanggup balik dan tinggalkan semua aktiviti kampus. jumpe keluarga siapa yang tak mahu.
ada tema okei; mesti pakai pink. sbb tue sume yang perempuan nak carik baju pink. termasukla saya. sanggup bersusah nak carik kebaya pink. sume gembira.
kami diberi sebakul mawar pink. dengan tujuan untuk di taburkan dan dibalingkan dengan muka yang PALING GEMBIRA! so saya pun gembira.

nampak tak saya di mana?
gambar ini baru suku yang ada. belom semua 
semua muka excted. lepas nie nak ajak sume yang tersayang wat mcm nie lagi.

next planning. 
wedding cousin Nadia Salleh.
agak2 ada lagi tak photoshoot family macam ni even dah penat tahap ke sepuluh!

Thursday, November 11, 2010

tahniah pada adik yang berjaya UPSR


ramai kan yang cemerlang untuk UPSR tahun ini. tahniah pada adik-adik semua. hebat woo..

hai korang....
hari ini keputusan peperiksaan UPSR telah pun di umumkan. tahniah pada adik- adik yang telah pun berjaya. especially to ayie (my cousin). tahniah. aban dah lepas UPSR. dah makin bujang la ko!hihi..ramai jugak yang dah berjaya. tengok berita sana sini dapat 5A, dan juga 7A. budak- budak zaman sekarang mmg pandai-pandai. ntah makan apa la korang ni.


inilah hariz @ ayie dgn rina.

tentu ramai family yang berbangga dengan kejayaan anak masing-masing. time nie la sume duk cerita yang baik dan merancang nak anta sekolah mana yang terbaik untuk anak mereka. iyelah.. sapa yang tanak anak masing-masing berjayakan. nak jadi lawyer, majistret, hakim. pilot, arkitek.guru, ahli bomba, tak kisahlah, janji pekerjaan itu yang baik lagi berkat.

teringat dulu masa zaman kanak-kanak. cikgu selalu tanya:

cikgu: dah besar awak semua nak jadi ape?

saya: saya nak jadi pramugari

cikgu: kenapa? kenapa tanak jadi doktor?

saya: tanaklah jadi doktor. nanti susah nak cuti asyik on-call je.

(hihi..tak logik kecik2 dah bole bagi jwapan macam tue)


jom kita sharing cerita gembira adik2 yang berjaya. thankss...selamat bercuti!

Sunday, November 7, 2010

rindu blogwalking

rindu. rindu.rindu.rindu...
saya dah lame tak ber blogwalking
sebab problem dengan internet dan juga final exam yang masih belom habis..
ohh..blog cintahati ku.
banyak bnda yang aku nak kongsikan dengan kamu
tapi masa dan segala mcam faktor menghalang aku berbuat demikian
I MISS U!

kiter jumpa minggu depan ok! bagi saya berjuang untuk paper last hari selasa jam 2.15 ptg. horraaaay!
zaman belajar dah habis pasnie.!

Tabung Harian

Related Posts with Thumbnails
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

design by Grumpy Cow Graphics