TABUNG HARIAN

Followers

Thursday, March 31, 2011

Happy birthday mama..i love u!

Assalammualaikum...

dah lame rasanya tak update blog coretan hatiku ini..hihi...mase and komitmen yang banyak minggu ini menyebabkan masa mencemburui.

yang paling best. minggu ini ada berita gembira untuk saya. Alhamdullilah...saya dah dapat kerja..walaupun skrg saya masih praktikal. rezeki tuhan berikan untuk saya lebih mudah kali ini.sebagai hamba...saya bersyukur sangat-sangat...yang paling best. saya sampaikan berita gembira ini sempena hadiah ulangtahun kelahiran mama saya yang tersayang.

for mama..

HAPPY BIRTHDAY!...akak sayang mama!
special picture yang menjadikan saya begitu comel..opppss!~)

p/s: saya ada idea nak wat contest utk sume yang ada blogger..so, mungkin minggu depan saya akan beritahu semua..yang pasti. hadiah special untuk semua

Monday, March 28, 2011

Kesuntukan Masa

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.


sekarang mood baru sampai rumah, dan baru je siap makan. keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap..dan yang paling penting tak sampai 2 minggu shj lagi me selesai wat Latihan industri dengan Felda Trading. fuhh..[doakan me selamat lakukannye hingga tarikh akhir-last task untuk saya MIHAS 2011 @KLCC..wish me luck okey dear]

dikesempatan yang ada, me cuba lakukan sedaya upaya untuk menyiapkan laporan dan segala yang wajib. kejayaan yang menjadi keutamaan.

dalam masa yang same. me sibuk mencari rezeki dengan hasil baby blog, yuanasalleh.blogspot.com..pada yang pelik sila jangan confius dengan nama lain blog ini iaitu sirehantaran. so semoga semua yang cuba aku janakan untuk mendapatkan wang berjaya..rezeki tuhan moga diberkati

p/s: mira, please bahagikan masa sebaiknya..masa tinggal 2 minggu(tolak kamu kene kerja luar so tinggal seminggu untuk siapkan semua..jangan nak berangan je)

Sunday, March 27, 2011

Jumpe kawan-kawan.5 tahun dah tak jumpe~

assalammualaikum dan salam sejahtera~

semalam hari best, sebab sempat jumpe kawan-kawan dari sekolah menengah. lame kot me tak jumpe mereka semua. rasanya dah 5 tahun kami tak jumpe sama-sama. so semalam sempatla kami jumpe walaupun tak semua yang jumpe.

alkisahnya, kami jumpa kat Midvalley. tengah hari kami jumpe kat sane ( kompem kecoh bile me sampai, rasa macam kepochi pulak kat tengah alam Mid semalam).kompem bahagia. yang paling best dapat jumpa esya and farah. sebab kami dah 5 tahun memang tak pernah jumpe langsung..aman skolah kami baik same-same and nakal pun sama-sama.hahaha...diorang ada yang makin kurus, ada yang makin senang hati, sihat je tubuh badan,ada yang maintain je, ada yang still sengal macam dulu...yang penting semua memang dah nampak matures sikit...

thanks to Umar, Haziq, pacik, kechik, Noend, Cain and his bf, esya, farah, suhana and his bf yang sudi datang and puas gelak. (sorry pada semua, saya memang lambat sampai, puas korang semua tunggu)hihi..

p/s: nanti me akan upload picture untuk tatapan member yang nak tengok ape kami buat. just tunggu okey.thanks to savethisblog sebab sudi juga datang teman saya walaupun awak keletihan yang teramat~


Friday, March 25, 2011

Rezeki Jumaat

Assalammualaikum dan salam sejahtera..


rezeki pagi jumaat ini, mohon jadi kenyataan. semoga hidup saya lepas ini lebih senang dengan keberkatan dari tuhan. semoga apa yang saya hajati selama ini menjadi kenyataan. dilimpahi dengan keluarga yang bahagia dan rezki yang melimpah ruah dan pekerjaan yang diberkati.

p/s: moga mendapat apa yang saya hajati selama ini. (mood: papa, please tunaikan ape yang dibincangkan malam tadi)hahaha

Wednesday, March 23, 2011

Berjaya sampai butik Radiusite!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

dah lunch ke semua nie??jangan lupe makan okey. sebab makan bole memberi anda semua tenaga. for me, macam biasa mestilah dah makan. cume hari ini tak makan banyak. sebab cube untuk kurus[waaa sudah lemok lah]!

pagi tadi me sempat ke Rawang, atas urusan kerja macam biasa. kalau nak suruh g sendiri memang tak sampai lah jawap nya. alkisahnya, me sempat la pusing-pusing bandar Rawang. 1st time rasanya ke sana[kalau tak tipu].so, atas dasar prihatin dan suke mencuci mata, me sempat singgah ke butik Radiusite [kedai jual tudung yang famous]- Hijab Online Boutique.

alkisahnya, lama jugak la kami pusing-pusing[ala-ala macam tawaf] sempat call mmber kat melaka [atoy,sebab tawu die mesti online 24jam, mintak bantuan tengokkan map @ num phone.]rupanya mmg diorg tak bagi num phone pada public atas alasan tertentu.kami dah tanya dan terima jawapan ini.thanks atoy and ayien.korang membantu aku jugak walaupun sikit.rupanya susah jugak nak cari butik Radiusite.sebab die kat tingkat atas. akhirnya kami jumpa jugak

bila dah sampai. kedainye mmg comel..sebab.....kaler pink...hihihi..so me disambut oleh staffnye bernama echa.jom kita usha sikt gambar..


saje nak posing kat celah ini.comel kan colour beg Radiusite?

ini ruang istirehat yang disediakan.

ops..posing sekali lagi. setelah puas tengok mana yang berkenan.

me sempat beli sehelai shawl dari Radiusite. murah je.tak mahal pun.hihi..lepas nie orang lain bolehlah pergi sini sebab butik ini memang simple dan comel je.
kalau berminat nak datang datang guna alamat ini:
Butik Radiusite kini dibuka!
Alamat: No 57-A Jalan Bandar Rawang 3, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor


Giveaway and contest yang menarik!

Assalammualaikum...

hari ini dan semalam ada macam-macam isu yang ada.especially tentang giveaway and contest. macam-macam hadial yang special yang diorg offer..confirm me mmg berminat! pada siapa yang ada wat giveaway @ contest bole drop kat sini link yang best. nnti kalau ada kelapangan saya akan join!  thanks pada semua sbb sudi sharing hasil duit dari blog yang menarik..

p/s: sekarang hadiah dari setiap contest blogger memang meletops...[mood hari ini nak senyap]..hahahaha

Tuesday, March 22, 2011

Promosi untuk minggu ini!

Assalammualaikum..

hari ini tetibe saya nak beritahu baby blog saya sirehantaran ada wat promosi untuk gubahan hantaran yang baru, jangan tak tengok ea semua..FRESH FLOWER lagi..hihihi...

ini saya kasi tengok sikit je picture untuk gubahan fresh flower. harga special punye. jangan tak tu!kepada sume blogger yang berminat yang nak bernikah atau bertunang bolehlah inbox saya.

contoh picture kat bawah nie gambar hantaran dari Yusra Zahir punye wedding..tahniah untuk beliau dan pasangan!



p/s: kalau cantik beritahu semua @ orang lain. kalau tak cantik beritahu saya!kalau nak tahu lebih lanjut jom klik sini.!

Monday, March 21, 2011

Penulisan blogging bermula semula!

Assalammualaikum..apa khabar semua!

Dah berminggu saya tinggalkan warkah penulisan kat blog nie. FUUHHH!..macam-macam cerita nak story untuk semua. minggu lepas macam -macam benda jadi.yang bestnya dapat album free misha omar(walaupun tak berapa minat). secara tetibe join contest Sony Music dapatlah hadiah free album!

Lepastue, selang berapa hari, bertuah lagi masuk kat Buletin Utama TV3, walaupun muke tak berapa nak full screen nampak, tapi still kepoh la jugak, sebab ada yang perasan.(macik, glamer sekejap nok!)hahaha..the, satu malaya sibuk cerita sana sini cerita Merong Mahawangsa. so tempias promosi terkena pada saya. thanks to savethisblog sebab sudi bawa saya ke sana. saya puas hati dan seronok. pasni lubuk tengok wayang kat The Gardens eah!

kesimpulannya, macam-macam benda jadi dalam masa seminggu. 

Sekarang, mood nak update blog setiap hari dah datang, (sebab pagi tadi tengok Nuffnang duit dah adi seratus lebih, Alhamdullilah)rezeki pagi isnin. so mmg niat nak traffic blog menjadi biar meletops lebih-lebih bulan ini. biarkan Buffered Earning naik memanjang.hahah(mmg sah mata duitan)hahaha


p/s: pagi tadi baru selesai satu interview untuk kerja. mudah-mudahan saya dapat kerja ini. tak adalah saya menunggu ala-ala macam penganggur terhormat di teratak mama and papa.hahaha..


Friday, March 11, 2011

Sukan baik untuk kesihatan! Hilang masalah buncit

Hai..selamat petang kepada semua.

dah 2 hari amiraismira tak share ape-ape cerita pada semua tentang coretan harian. bukan sengaja, membantu menyiapkan hantaran untuk pelanggan sirehantaran yang budiman, [korang mesti tengok nanti once saya dah upload picture hantaran sebab memang comel]

okey, yang sebenarnya nak share dengan semua yang baru-baru ini saya bersukan!!..bukan senang ye akak-akak sekalian untuk turun ke padang setelah sekian lama tak kesana..

tujuannya, main netball bersama staff tempat yang saya tgh praktikal. ktorg main lepas waktu bekerja kat padang belakang Dewan Perdana Felda.seronok la jugak dapat bermain dengan diorg, even saya yang paling muda. rasa macam peramah dan mesra alam semua..

perlawanan antara wing kanan dan wing kiri, saya masuk team wing kiri[rasanya] sebab ktorg pecah dua pasukan. macam biasa position main Netball WA. yang pasti kami menang dengan keputusan 7-5.kami menang!thanks pada semua akak-akak yang sporting main sama-sama. walaupun ada antara mereka yang saya tak pernah jumpe langsung.

jom kita usha dan klik-klik gambar!

semua yang khusyuk dengar taklimat permainan, dan saya sibuk nak interframe depan kamera..

senyum semua..ini group saya...tahniah semua!

pose mesti ada. walaupun di padang.senyum..

cuba untuk elakkan pndang kamera.tapi senyum tetap ada. muke excted nak bermain.sebab dah berbulan tak main netball.[serius ke?]

kongsi hadiah kemenangan..walaupun nmpak kecik tapi ianya bermakna ye semua.
thanks to Felda Trading [HQ]

p/s: saya mengaku bermain dengan bersungguh sebab nak kempiskan perut.kaki lenguh, badan sakit.perut rasanya kempis untuk beber niat nak kuruskan bdan sesungguhnya!.doakan saya berjaya!

Wednesday, March 9, 2011

Nak kulit sentiasa halus mulus tanpa sebarang gangguan

Hai.selamat tengah hari semua..

Hari ini 9 Mac 2011..ada special date dengan tarikh tue. opss..nak tawu ape mungkin esok baru saya akan share dengan semua..[jeng.jeng.jeng..saja nak biarkan semua jatuh cinta dengan kejutan yang tak seberapa]


sekarang mmg ada macam-macam brand kosmetik yang canggih dan katanya berkualiti tinggi. bleh hilangkan segala macam jeragat dimuka, boleh hilangkan segala macam bintik hitam or bintik putih kat muke. confim muka anda akan cantik bagaikan sang puteri [ayat iklan kosmetik yang biasa digunakan] tapi bila gunekan still macam tue..salah ape, muke or cara guna yang tak betul???

sekarang, contoh brand yang famous orang gune. Clinique, SKII, Estee Lauder, lagi ape..saya dah malas nak pikir banyak-banyak sebab tahu korang semua lagi star bab hafal bnde-bnde yang canggih nie kan..saya biasaje[haha.hidup biar besederhana]

agak-agak cari paling mudah dan menjimatkan nak kulit muka nampak segar sentiasa, tak kering, flawless and comel ape ek?kalau ada blogger yang boleh share dengan saya jom share kat sini..

p/s: sebenarnya tujuan tulis sket nie nak kulit cantik macam orang lain.skrg ada masalah kulir sket2..hihi

Tuesday, March 8, 2011

Thanks Nuffnang. bagi tiket free konsert Hore-Hore Paknil!

Hai..selamat petang semua..

Petang ini, dikala bosan dan kesunyian menunggu waktu kerja habis. saya dapat berita gembila bila check peti email.Thanks Nuffnang.SAYA DAPAT TIKET FREE!

Guess what?? saya dapat 1 [satu SAHAJA] tiket untuk konsert Hore-Hore Aznil Hj Nawawi. dengan rasa bertuahnya[walaupun sikit je] tuah entry saya yang dulu-dulu saya dapat tiket free untuk g konsert tue.rasa bahagia sekejap. [walaupun tak sure bole pergi ke tidak].untuk blogger lain yang dapat jugak bole lah share dengan saya berita gembira ini..hahahaha.[jangan kata saya terlampau excted ye]


p/s: agak-agak kalau saya tak pergi dan ada yang nak beli tiket tue boleh la pm saya okey.[teringat, dalam masa terdekat ini sahaja saya dah dapat macam-macam tiket free, syukur]

30 kereta kene hempap pokok

Selamat pagi semua..berita menarik pagi ini..


KUALA LUMPUR: Lebih 30 pemilik kenderaan bukan saja terperangkap di dua bangunan akibat ribut petang semalam, malah kenderaan mereka yang diletakkan di kawasan letak kereta berbayar berhampiran Bangunan Sime Darby dan Bangunan RHB, Jalan Tun Razak di sini, rosak selepas dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.

Kali ini memang betul-betul jadi.petang semalam KL hujan. tapi rasanya tak ada lah smpai angi kencang{opss, dah macam penulis berita}. natijahnya, saya terperangkap di jalan Tun Razak je dalam 2 jam. kalau ikutkan 20 minit dari tempat kejadian ke ofis, tapi semalam je dah 2 jam.mmg termenung lama saya dalam bus.

kesian, bila saya tengok sume kereta yang kene hempap tue. dasyat-dasyat kemek kereta tue semua. 

P/s: lepas nie bila nak park kereta elakkan bawah pokok. kebaikan jangka masa pendek, mmg kereta redup je.tak panas. tapi bila jadi macam nie. kter sume renungkan ye bila nak park kereta






Monday, March 7, 2011

Cuba teka ini gambar apa?

Hai..

Selamat hari isnin semua..

hari ini belum ada isu yang menarik nak kongsi pada semua..

cuma ada bende nak share pada semua..

agak-agak gambar kat atas ini gambar ape?kalau betul ada hadiah dari amiraismira

Thursday, March 3, 2011

Beza antara Nuffnang, Churp-churp dan Heartbeat

Assalamualaikum.

Hai semua..hari ini lambat sikit update sbb menyiapkan apa yang perlu.

Ok berbalik ke tajuk asal. Antara Nuffnang, ChurpChurp, dan Heartbeat, mana yang lebih berbaloi? Mana yang lebih mudah untuk kita menjana pendapatan sampingan sambil berblog ni? Meh kita buat review satu-satu ye. [nak bagi tahu semua 3 bnde ini saya dah join]

1) Nuffnang:
Saya dah mula guna Nuffnang ni dari mula-mula berblogging dulu, maksudnya dalam dua tahun yang lepas. Masa mula-mula tu, earning memang kosong sentiasa. Dah berbulan-bulan, barulah naik 25sen, 50sen, dan sen-sen-sen. Sedih gila kan? Haha! Sampailah berapa bulan lepas saya join Nuffnang, baru saya dapat Buffered Earning (BE). [excted 1st time dapat BE] Masa tu, memang banyak la BE yang running kat blog ni. Ada sekali tu sampai lebih dari lima BE running. Masa tu barulah income masyuk! Nak cecah seratus lah jugak.

Alhamdullilah wat masa nie total adalah ratus jugak income dari nuffnang, and dah pernah cash out kan sekali je..sekarang nie BE ada 5 yang tengah running. mintak-mintak lama lah jugak dia running kat sini. Rezeki bole lebih sikit.

2) ChurpChurp:
Yang ni plak adik-beradik Nuffnang. Sebenarnya, nak buat duit dengan ChurpChurp ni lebih cepat dari Nuffnang. Tapi kenalah ada ramai follower di Twitter (yang mana saya ada seciput je, hah korang follow cepat! Hehe), dan rajin promote link-link iklan tu kat mana-mana je.
Untuk ChurpChurp ni, lebih mudah dapat duit bila kita dapat scheduled tweets. Cepat je earning tu naik. Tapi kalau nak menunggu je earning dari social sharing, memang berjanggutlah! cume korang kter alert cepat dengan notis untuk korang churpchurp dengan iklan diorang. ada kerja sket je korang kene buat. sbb korang yang akan buat dialog iklan based on kata kunci yang mmg diorg dah bagi. jangan tingglkan satu pun kata kunci tue. kalau rezeki murah, korang tweet iklan tue mesti banyak income korang.

Bagi yang belum ada akaun ChurpChurp, daftar kat sini: Daftar ChurpChurp. jom join churp-churp!

Hah Heartbeat ni yang paling saya suka! Baru je daftar bulan lepas, thanks to Mama Zharfan sbb berjaya influences saya untuk join. tearning mmg tak banyak lagi biasalah sbb baru nak berjinak.  Sebabnya belum ramai lagi orang yang tahu pasal Heartbeat ni. Dan bila korang promote pada diorang dan diorang daftar Heartbeat dengan korang, korang akan dapat RM2. Kan mudah tu? Tambahan lagi produk2 yang dijual memang menarik. So nak promote orang untuk beli produk pun senang gak. ^_^
Jadinya bagi korang yang rasa macam nak buat duit sampingan dengan senang dan mudah, daftarlah Heartbeat k? Just klik je sini: Heartbeat.


p/s: dengan yakin nak beritahu yang semua orang dah ada setiap satu account nie..so usaha lebih-lebih supaya cepat kaya!

Wednesday, March 2, 2011

Isu panas petang hari!

Hai..selamat petang semua.

Special tak petang nie life korang macam nie? saya baru balik dari seremban melawat staff suami saya, memang saya insaf. perasaan sedih dan terharu melihat orang sakit yang merata-rata di Hospital Seremban. tengah hari tadi saya sempat ke sana dengan boss dan staff tempat saya tgh praktikal nie.


Rasa kesian kan, bila tengok orang sakit. tadi masa saya tengok husband officemate saya. beliau dah kene operate 3 kali, tebuk di anggota badan mmg sana- sini, usus besar terus tak ada.[insaf seketika bila tengok orang sakit]. terus berfikir nak jaga kesihatan.so mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuk beliau,[tak pernah saya rasa nak pitam teruk bila tengok darah. tetibe tadi kat sana saya memang terhuyung hayang]

Yang best, bila kami sampai KL, kami makan ikan bakar di Keramat. yang best, bangun-bangun je tidur terus makan. tengah sibuk nak mencari lauk-pauk. tetibe ternampak kak Norkumalasari dengan family dia. [wow, mmg kurus kak nor. anak-anak dia pulak macam mat saleh] hensem-hensem..hahaha

put-put je bila saya sampai ofis, ada isu yang pelik and unexpected. hahaha..staff ofis duk pikir perancangan hidup untuk saya. termasuk saya kahwin dengan siapa. [apa pandangan semua. bole share tak?]

Senarai Protege Mentor 5


Hai..Selamat pagi semua.

Misi pencarian protege bagi Mentor musim kelima kini sudah selesai. Selepas menjelajah ke seluruh Malaysia sejak dua bulan lalu, akhirnya enam protege telah terpilih bagi menyemarakkan lagi Mentor musim terbaru ini.

ini muka otai-otai Mentor 5.
[Sharifah Aini yang tak ada dalam gambar]

Mentor 5 yang diterajui oleh Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Pengarah masih mengekalkan Ally Iskandar sebagai pengacara. Wartawan, Nas Ahmad juga dikekalkan sebagai pengacara bersama manakala Ajai dan Adam bertindak selaku Penasihat Vokal dan Penasihat Persembahan. Mentor musim baru ini turut menampilkan Ramli M.S sebagai juri tetap dan Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik.

Berikut merupakan biodata keenam-enam protege bagi Mentor musim kelima ini:

Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis (Salma) [Kerani]

Asal : Tawau, Sabah

Umur : 21


Mentor : Noh Hujan

Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali (Ayish)

Asal : Shah Alam, Selangor

Umur : 21


Mentor : Edry Abd Halim

Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor (Iqa) [Eksekutif Insurans]

Asal : Ampang, Selangor

Umur : 25


Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal (Ratnah) [Penari Sambilan]

Asal : Ampang, Selangor

Umur : 26


Mentor : Datuk Sharifah Aini

Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir (Shiha) 

Asal : Kuala Lumpur

Umur : 24


Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh (Aiman)

Asal : Shah Alam, Selangor

Umur : 22


Tuesday, March 1, 2011

Mood berjalan.Wajah-wajah suka!

Hai..selamat petang semua!
sekarang tengah menunggu masa untuk pulang. set questionnaire yang nak tunjukkan pada advisor masih belom siap. fuhh! bila nak siap agak2 nye kan??dah berhari saya mengadap buat kerja ini. adakah sebab terlalu complicated ataupun saya masih belum memberi sepenuh jiwa untuk melaksanakan nya?

tengah hari tadi saya berjalan-jalan ke putrajaya atas urusan kerja. so keluar bersama boss dan juga staff. kat sana dapat kenal lagi apa yang patut.opss! rahsia..

bila time makan tengah hari, staff tempat yang kami lawati offer makan tengah hari. al sadisnya, kami dengan sengaja menolak tawaran makan tengah hari. bukan main-main menu nya taw. makan menu Nasi Beriani taw. senang-senang je kami menolak. [pastue perut saya yang kuat makan nie cepat je mintak makan]

So bila meeting dah siap, kami terus ke food court untuk penuhkan perut.[perut dah bergurindam mintak dimasukkan makanan]. kebetulan kat sana ada kawan yang ada bukak gerai, so alkisahnya, makanan tengah hari masih ditanggung belanja.hahaha..cuma bukan Nasi Beriani.

so, ini wajah-wajah gedks untuk hari ini. sambil menunggu makanan.[muka control ayu menahan lapar]hahaha
sekian laporan surat cinta untuk anda semua!


Hari ini tak lambat.HORAAAYYY!

Selamat pagi..Assalammualakum semua.

hari ni bersyukur sebab tak lambat masuk kerja..maklumla dah seminggu saya lambat.semalam paling dasyat.staff and boss pun masuk lambat. walaupun saya hanya praktikal tapi lambat mmg teramat. so hari ini saya bangun awal pagi and bersiap secepat mungkin motivasikan diri untuk smpai awal. (sbb semalam ramai staff kat sini dah ramai dapat notis datang lambat, include boss saya)hihi..

Hari ini saya datang awal kot..saya yang bukak pintu ofis macam biasa. [Bahagia sket sbb datang awal, almaklumla dah lame tak dtg awal] saya datang pukul 730 kat ofis. masuk bilik HR untuk pukul 735.BANGGA TAK?

p/s: saja nak beritahu semua yang hari ini orang ramai kata kat sg besi jammed teruk. syukur alhamdullilah sebab hari ini pergi kerja naik bus. kalau naik kerete kompem kol 9 pagi lagi saya smapai ofis. pastue muka cuak sana-sini.

 muke mencebik!

 muka ala-ala perempuan melayu terakhir!


SERIBU SATU MUKA BILA TIME KERJA!


Tabung Harian

Related Posts with Thumbnails
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

design by Grumpy Cow Graphics