TABUNG HARIAN

Followers

Friday, July 30, 2010

ssshhhhsss:)

{berdiam adalah sakit.meluahkan adalah perit}

gimme a big hug to be cool:)

Thursday, July 29, 2010

perasaan Gembira.Thanks to u!

perasaan sekarang.rasa seronok...setelah berhari memikirkan untuk ke ARIANI.thanks to mereka yang menemani saya.muka memang letih tapi suka.yang tak best duit semakin menipis.Oh my god(sila baca guna rima lagu Usher)...hiihihi.terasa excted nak pergi sebab ader promotion persiapan untuk raya...bayangkan kalau raya betul nanti..ada diskaun hebat lagi kah??mesti ajak mama pergi lagiiiiii...huhuhu
teka tudung warna ape saya beli..taraaaa..

saja nak wat promotion hebat untuk ARIANI.{sila tekan sini} untuk makluman lanjut.saya tak adalah borong sakan kat sana.masih ingat lagi status diri sebagai pelajar..nanti kalau dah kerja memang nak beli tudung je...barula macam pelangi sikit collection tudung saya..taraaaa..banned orang yang suka cakap belakang!*wink*.JOM PAKAT PERGI SINI!

Wednesday, July 28, 2010

Pengisian post entry blog masing-masing

Kalau dulu trend social network mesti friendster and myspace yang femes. sekarang pada siapa yang masih lagi menggunakan account dua social network itu bolelah dianggap masih hidup dizaman retro dan purba kala.bukan senang ok nak kekalkan minat time macam nie..TAHNIAH!(kalau anda masih menggunakan Fs and Ms,,anda memang RETRO)hihihihi

sekarang..bila orang tanya, ko main BLOG ke MUKABUKU?
.dengan suara yang sayup saya jawab.main dua-dua.(nada suara amat penting ketika menjawab setiap pertanyaan)
setiap individu ada sebab tersendiri kenapa suka main dua-dua...mungkin belog tue bole jadi e-diari hidup.Ups..mangai..hebat tue.E-diari.kau hade??kalau mukabuku stok yang bole dijadikan sebagai penambah perasa untuk stalker gambar orang dan esok dijadikan bahan unutuk bergosip bersama classmate saya.huuhuhuh
saja nak tunjuk contoh mukabuku yang peliks:)
tet!sudah mula merepek dekat celoteh diatas.rasanya tak ada kaitan dengan tajuk entri.
pendapat yang ingin saya tanya pada teman-teman:)..APA YANG MENARIK MINAT KORANG UNTUK SETIAP ENTRI DALAM BLOG SENDIRI?
  • gambar yang menarik. pelik tapi benar
  • sahabat, teman dan rakan yang jahat, benci dan sayang
  • keluarga, boifend dan geifend masing masing
  • gambar cuti-cuti, ziarah menziarah dan jalan jalan cari makan di mana sahaja
  • cerita kisah hidup yang indah, sedih, gembira dan excited.
  • gambar alam kehisupan ciptaan tuhan yang menarik dan indah-indah belaka
  • luahan hati dan perasaan pada someone tapi tak tahu nak cerita pada siapa
dan sebagainyaa....jom kter kongsi cerita sama-sama...mood: keliru dengan diri orang lain?hihi

Masa Lapang jawab tag:)

waktu lapang sebelum tidur:) terasa rajin nak jawab tag dari INSAN TINGGI

1. what's the name of the blog and why u named it so?
'AMIRAISMIRA'..nama nie asalnya datang dari name mukabuku saya.alkmaklumla...ramai sangat nama amira kat atas muka bumi nie.sejak dari zaman sekolah sampai ke zaman i-u nie, mesti jumpa nama mira.so saje nak nampak pelik saya letak la 'amiraismira'.mula-mula ada macam geli and menyampah.hada aku keSAH??belog aku,,ikut suka aku la...huhuhu.

dulu belog nie tujuannya unutk class english masa sem satu.ok.zaman belom update sgt masa tue.lepastue terasa belog itu ada kepentingannya saya pun menukar sebagai hobi saya sambil menjana pendapatan poket sendiri.

2. when did you started blogging?
July 2008..bulan nie adalah bulan aku baru awal-awal aku register kat UiTM.
tak sangka dah dua tahun saya main belog..ada hasil tak?
3. your first follower
Sumpah saya tak hingat..:)

4. something for att
Thanks for being my follower and my friend.tagging saya juga!really appreciate it:)

5. next 6 cute blogs:
Siapa ada free time, dipersilakan buat tag ini ye. =)jangan malu jangan segan.rapatkan ukhwah sesama kita

antara idean gambar nak jadikan header belog suatu ketika dulu..
tapi..ada yang lain yang saya lebih menyukainya....
selamat malam sayang!

Sunday, July 25, 2010

sayang, izinkan abang kahwin lagi:)

*************************

baca sampai habis.baru tahu cerita sebenar:)

sayang, izinkan abang kawin lagi

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi,”

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.
Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin
hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang
diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah
keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,”
masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

”Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama1 hari saja,boleh?” pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

”Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
”Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

”Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”

”Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

”Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah
lama hidup dengannya. abang faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya
berjumpa dengannya?

Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

*************************

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahu ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya.
Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

bipp bipp… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan abang…

Abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang… Aliyah sayangkan abang… Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

************
MORAL OF THE STORY :

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..


Aktiviti sosial hujung minggu-jalan jalan cari makan

Memandangkan ini weekend pertama saya habiskan masa duduk di bumi HANG TUAH sejak mulanya semester yang ini..makanya saya banyak menghabiskan masa dengan wat rancangan jalan jalan cari makan dan sesi jalan jalan carik barang...kompem klaka@

hasil dari rancangan: berat dah tak ideal.kaki semakin lenguh.duduk melaka..balik2 pusing jalan yang sama.hihhihi..tengok gambar la.

*****************************************************************
malam celebrate besday budak yang pegang sudu jeli kelapa pandan!!!
*******************
malam sesi buka puasa sama-sama
KEBETULAN!

tengok pinggan makan.sume makan banyak.

yang ini pun tak kurang hebatnya.

HAAAA...yang nie lagi dasat,
maaf..pinggan terover pulak kat korang

maklumlaaa...last semester duduk kat melaka.mood jalan terlebih sedikit,pasnie suma akan ada komitmen sendiri.bila jalan memang tak hingat dunia.semua tempat yang tak pernah pergi kalau pergi nak pergi before sibuk dengan assessment kuliah.NIAT esok nak duduk rumah diam-diam konsep RUMAHKU SYURGAKU bermula...

next plan:
  • cari tempat praktikal--johor atau melaka??
  • cari berat ideal-.maintain 4&*???
  • cari duit tebalkan purse semula--RM 2////??
  • cari mood nak wat big sales next two weeks!jumpa saya nanti ok!!--chayok!

Thursday, July 22, 2010

Kasih sayang seorang wanita


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
*******************************

cerita menarik ini saya telah 'salin dan tampal' dari belog chentahati saya...cter nie kompem sedih,saya baca pun rasa sayu dan sebak(ok..mengaku yang berkaca seketika mata saya)..jom singgah belog chentahati!..
AMARAN AWAL:
TOLONG BACA DENGAN PENUH PERHATIAN!
(suspen tak?)



Wednesday, July 21, 2010

OH!!! proton vs ferrari

.sekadar ingin berkongsi dengan sume teman-teman. video ini saya jumpa dikala sedang seronok menikmati minum petang di teratak indah! apa pendapat korang tengok video ini...ferrari yang cool sondol proton yang relax..hihihihi


mesti korang sume akan nerfikiran sama mcm saya...pasan tak depan lane ferrari tue ader gadis cumel 2 orang...(tepi higway pun nak berdiri ala-ala macam kat litar).cun gak kan??

Monday, July 19, 2010

Hujung minggu penuh ketawa dan emosi

Isu pengisian setiap hujung minggu memang penuh.last weekend sempat plan berhari hari dengan teman yang memang mesra untuk sesi GIRL'S DAY OUT! thanks to ain budak baik, fana fanot and ieja kak niza sebab plan kter nak kuar sesama menjadi..aku suke.walaupun ada barang yang saya tak jumpa...kesimpulan berjalan memang penat kaki, perut saya memang paling kenyang.bila saya lapar, korang pun kene lapar, bila saya nak kuncing,,kamu semua pun follow jumpe macik toilet..sayang kamu sume!

drop tepi jap.snap satu!

saya dipaksa jadi camwhorewoman!

gambar bwah ini cubaan untuk menjadi yang pelik seketika.berjaya kah>>

cuba teka?ape yang menarik kat pitcha nie??

ieja yang sentiasa garang tapi baik!

comel kan?

muka mintak makan je!

next mission: kurangkan shopping.kurangkan belanja,purse da nipis...HA HA HA.baru sedar skrg.kalau bole nak kurangkan makan.sebab dah mula risau kat P****.HIHIHIHI.tolong bantu saya.jangan bagi saya makan banyak walaupun itu memang hakikat hidup..




Monday, July 12, 2010

Demam world cup dah habis!congrats to SPAIN

~WORLD CUP 2010~
Tahniah untuk SPAIN sebab menang World Cup football 2010: South Africa! Tahniah jugak kepada semua penyokong Spain sebab korang berjaya melakukakn pelbagai aktiviti diluar kawalan. aksi ini akan dapat dilihat sekiranya menonton final match di tempat terbuka atau kedai mamak. kali nie saya tak berbohong ok.saya sendiri telah menyaksikan pelbagai aksi menarik.kalau ader handycam kompem i rakam u.pastue tengok balik then gelak kan besar.I LIKE! KAH..KAH ..KAH,.
Perkara menarik tentang final world cup:)

si sotong PAUL nie memang buat semua orang rase pelik+suke+geram+menyampah+ntah pape sebab setiap kali ko wat prediction mesti betol.ko pakai nujum or mambang laut ape sotong..agak hebat di situ walaupun ko hanyalah seekor sotong kurita yang tak berapa comel.aku jadi nak tawu..ape lah nasib ko lepas nie wahai c PAUL.boleh hidup lama lagi kah kau??pasnie ko jadi nujum match sukan ape lulak ea..
ok.untuk pengetahuan semua yang berkenaan adalah last man of the match! ANDRES INIESTA.
die yang score ok semalam.korang rase ape reaction saya semalam bile score??ha ha ha..hanya yang tengok match ngn saya ja yang tawu.kompem klaka..HI HI HI..

yang nie dapat award golden glove. iker casillas-spain team..congrats to u!(macam la die bace belog aku nie kan)HI HI HI

Thomas Mueller-germany.yang nie pulak dapat award golden boot!kompem hebat la..sebaya saya ok!muda-muda ko dah dapat kasut emas.ingt senang ke?jadi tauke balak pun belom tentu kamu mampu nak hire orang wat kan ko kasut emas.*permintaan kasut raya tahun nie* HEEL EMAS!BOLE TAK>?

last awarrd, adidas golden ball..Diego Forlan-uruguay team.yang nie aku kurang kenal.so korang describe la sendiri ea..HI Hi HI...anyway, still congrats to u olls!

dah...setelah seminggu saya duduk di bumi Melaka. tidur tak menentu, habis jugak bola world cup nie.congrats tu bumi africa especiallt to Africa Selatan yang mana sebuah negara yang dari segi economy and social nye kurang maju but still can make this season world cup interesting and awesome....tahniah untuk SPAIN dan thniah gak untuk NETHERLAND walupun kalah...

Friday, July 9, 2010

The twilight saga: eclipse.ok!


helo.hai.namaste.salam.setelah sekian lame tidak membusykan diri dengan aktivti harian blogwalking sana dan sini..ok.perlu mengaku yang saya merindui dengan menjengah sana dan sini.

bukan ini yang sana nak cerita. saya nak cerita movie baru THE TWILIGHT SAGA:ECLIPSE yang rasanya semua orang dah sibuk nak tengok. al maklumlah..first day movie nie keluar mesti sume orang tak sibuk nak beli tiket midnite sebab berhabis pulun tengok match SPAIN VS GERMANY~!OK..tekan kan sekali lagi..SPAIN menang!

pada siapa yang memang tengok movie nie dari awal akan rasakan perbezaan movement movie iNI.sebagai nasihat yang bole di berikan saya nasihatkan supaya tengok movie nie dengan someone special. kompem best!HA HA HA...banyak sangat ok scene kiss..u like??

bila tengok TAYLOR LAUTNER a.k.a JACOB.ok.kompem u all akan rasa ternganga sekjap.fuyo.badan nak meletops!tak caye g la tengok cerita inie.kompem muscle lagi perfect dari yang new moon!bila JACOB nye scene keluar je.rasanye semua dalam hall tue histeria kecil jap.berketak-ketak u badan die.
ok.untuk pengetahuan sume eclipse nie bukan ending for twilght ok.so.korang kene tggu lagi satue story. kalau rasa macam dah tak sabar, dinasihtkan pergila mencari novel twilght nie.(pada siapa yang kaki novel sesuai kot!)hihihi...papepun EDWARD tetap hensem walupun muka semakin pucat lesu!movie kali ini tak la fully figt dengan vampire..ada lawak-lawaknya, ada sexual-sexualnye sikit2, ada kesian-kesiannya dan macam lagi..dinasihatkan nak g tengok plan masa yang seswai supaya tak kecewa akibat tiket habis.macam pisang goreng panas tiket kat melaka nie jual!SEKIAN!


Friday, July 2, 2010

Hobi bila duduk lama-lama dalam kenderaan

cubaan untuk menjadi kiut miut.
berjayakah??
perjalanan yang mengambila masa lama. memang saya ngaku bosan itu memang ada. lagila kalau perjalanan utara-selatan.mmg membiakla 'montot punye lemak'. saket segala pinggang and urat sendi...as a normal manusia..ape yg bole buat?nie yang penting:)

SNAP! SNAP! SNAP!

perkara biasa yang boleh dilakukan di dalam kenderaan:
  • dengar mp3
  • dengar bebelan.kalau ada.yang ini memang tak boleh lari..tadah jela telinga kalo terpaksa.
  • nyanyi.
  • ketawa
  • lihat alam sekeliling.
  • hafal jalan tempat yang di tuju.itu memang kelebihan saya.hihi
  • tidur
  • tidur
  • tidur
  • bergosip
  • tidur
  • bergosip
percaya tak?
saya dah 2 tahun main belog
itu sebab saya sayang bangat sama kamu!
esok kita celebrate ea..
hihhih

Tabung Harian

Related Posts with Thumbnails
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

design by Grumpy Cow Graphics