BENDERA di Istana Besar, Johor Bahru dikibar separuh tiang berikutan kemangkatan Sultan Johor semalam. Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menziarahi jenazah Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail sejak awal pagi tadi.
Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.
0 pot-pet:
Post a Comment