TABUNG HARIAN

Followers

Showing posts with label balitrip. Show all posts
Showing posts with label balitrip. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

Bali Trip -Day 2

Assalammualaikum semuaaa!

kalau siapa yang baca entry sebelum ni mesti akan paham apa yang cuba disampaikan. apa lagi gmbar best masa cuti ngn bff yang sporting and caring, Love u la guys and girls!Since dari haritu dah canang awal2 nak update entry pasal Bali, so kira tebus janji la kan ni. sorry atas kelewatan. 

Baca sini entry sebelum ni dulu. Bali Trip-Day 1

Day 2 ktorang dah pesan awal2 untuk bangun pagi. exctedla katanya sume orang. macam biasa isi perut dulu walaupun 'brakfast provided' tapi sedih. but mos orang macam aku yang tak sarap pagi , its okey dah terbiasa. janji ada air masak. 



1. Tanah Lot
Seriously tempat ni mmg cantik especially air yang biru and permandangan yang cool! Kalau korang stalker yang hebat , setiap kali orang melancong ke Bali akan nampak gmbar yang berlatar belakangkan sama mcm gmabar2 kat bawah. SUPERB CANTIK!. yang nak gmbar romantik boleh pergi sini






2. Malioboro Restaurant
Dah puas bergembira perut dah berzapin bagai. so pening punya pening sbb sume lapar and penat bergambar decide nak lunch yang sedap and special. so ktorang makan kat sini. yang special kat sini. sume aneka lauk ayam kat sini sedap plus tulang ayam tu korang bole gigit and kunyah macam makan sayur. sangat lembut and garing. Suggested Place!



3. Uluwatu
Next place yang ktorang singgah. Tempat ni bukan ape sangat pun. orang cakap kalau pergi Bali tak tengok 'Kecak Dance' sama macam tak datang Bali. so singgahla masuk sini. jangan risau kat kawasan ni laut die sangat cantik. tapi agak jauh sket dari bandar. tapi apa nak risau supir yang drive.




cerita pasal 'Kecak Dance' jangan tanya. sebab mmg tak paham. even masa tgk live pun tak berapa paham. tapi jangan risau diorang kat sana dah sediakan sinopsis untuk semua visitor, sbbnya diorng bercerita tanpan bersuara, menari and gaya sahaja. so paham2 sendiri. yang pasti memang unik. 'cak kecak kecak kecak. cak cak cak...'. itu je yang ingat sampai sekarang, 

sambil layan dance korang akan nampak sunset yang sangat cantik. masa itu akan rasa kagum dengan ciptaan tuhan yang Maha Esa. 

Cukup dulu aktiviti yang ini. selebihnya nanti ada lagi. 





See you at the next entry :)
Thank you for reading this entry !

Saturday, May 10, 2014

Bali Trip - Day 1

Asallamualaikum semuaaaaaa!!

Fuhhhh.! 

Jangan tak tahu lepas beberapa bulan skrg ada masa yang rajin nak share dengan korang. Benda baikkan mestilah share.

Kalau malas baca scroll gambar je. tapi serius nanti korang tak akan paham pasal ape.


Mulanya...awal bulan May aritu ceritanya pergilah bercuti dengan kawan2 UiTM dulu ke BALIIIIIII.. syok habis.even trip nie sekejap je tapi mmg seronok..terus lupa yang diri masa tu abnormal..hahaha. fyi trip ni adalah trip ke 3 untuk ktorg since graduated, first to Tioman Island, second to Langkawi Island (tapi tak dapat join since cuti kerja tak approve.anyonyou.. and this time we go to Bali Island! 

Kali ni pergi 9 orang. memandangkan sume dah kerja..plan haruslah lama. thanks to kawan2 yang sporting and memahami, bila buat keputusan sume said OK!

Less talking jom cerita pasal Bali- day 1




Flight gerak petang. so sampai Bali dah malam..muke lesu and penat plus lapar.. naseb bek la ada Mee Goreng Mamak yang superb dalam flight dapatla ktorg alas perut. Thanks to Marzuki sbb belanja kami yang kelaparan dalam flight. Ho Ho


Sampai je Denpasar Airport ktorg disambut supir yang dah set awal2. His name ' Mas ISa' . Macam2 orang yang datang sini. Airport ni cantik sangat..Bandar ni pun cantik and bersih sangat jauh beza dengan airport kat Bandung. Bole nampak view tu ada rate international.hahah





Bila dah jumpa  Mas Isa ktorang request nak makan dlu before check in.Muka sume dah lapar and kebanyakan kedai kat Bandar Bali dah tutup . Mas Isa suggest ktorang makan yang bese2 je dulu, Jujur ko mula2 sampai  die bawak makan kat warung tepi jalan..(feel apa aku rasa masa tu *&^^%*) but bila dah makan  especially sambal nasi ayam penyet..(menangishhhh pedas dia)



Setel je makan ktorg terus cari hotel. Guess what location hotel ktorg kat tgh Bandar Bali yang penuh dengan Night Club! ala2 Bukit Bintang la kalau kat Malaysia ni.. meriah sangat2. but sape kesah dengan itu semua sebab badan sangat penat and sangat memerlukan bantal! next check in to Sandate Hotel


Around pukul 11 lebih baru dapat landing kat tilam Seronok rasa. mandi gosip and tidur, activiti esk menunggu. Day 2 will coming next entry.

Next entry- Bali trip Day 2
See you at the next entry :)
Thank you for reading this entry

Tabung Harian

Related Posts with Thumbnails
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

design by Grumpy Cow Graphics