Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5
dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga,
Majlis pertunangan Ashraf Muslim telah disiarkan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pukul 9.45 pagi tadi.(tak dapat nak tengok, sebab belum rajin pagi-pagi dah nak on tv,sedih ustaz dah menunang!!!!)
Gambar ini seharusnya dikreditkan dari pereka baju tunang untuk pasangan ini iaitu Ezuwan Ismail. Bertemakan putih dan ungu. Lawa betul Ezuwan Ismail buat baju.
kalau berminat nak tahu lebih-lebih anda semua boleh tekan sini!
p/s: comel jugak bakal isteri Ashraf Muslim..semoga berbahagia sampai ke anak cucu. doakan kebahagiaan hero kegemaran orang sekarang.


