TABUNG HARIAN

Followers

Showing posts with label Academic Session uitm. Show all posts
Showing posts with label Academic Session uitm. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Dato' Siti Nurhaliza nak sambung belajar??

SHAH ALAM – Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi.
Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lepas.
Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi, dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.
“Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM, dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.
Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan.
Dr Sahol Hamid berkata UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.
“Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian,” katanya.
Siti Nurhaliza, melalui SimplySiti Sdn Bhd, bekerjasama dengan UiTM sempena konsert Malam Gala bagi meraikan sambutan ulang tahun pertama syarikat milik penyanyi itu, yang diadakan di sini malam tadi.
Semua hasil jualan tiket konsert itu, yang dianggar berjumlah RM100,000 disalurkan kepada tabung MDAB UiTM, manakala SimplySiti turut menghulurkan RM30,000 selain sumbangan peribadi Siti Nurhaliza sebanyak RM10,000 kepada tabung berkenaan.
SimplySiti turut memperkenalkan dua koleksi terkini set kecantikan syarikat berkenaan iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition, yang menampilkan produk baru seperti Gorgeous Lip Color, Shimmer Blush serta Due Eye Shadow.
Pada konsert berkenaan, Siti Nurhaliza menyampaikan lima lagu termasuk single terbaru album Inggerisnya, yang dijangka menemui peminat pada 9 Sept depan iaitu Falling In Love, selain berduet dengan penyanyi Aizat menerusi ‘Lagu Kita’.
Selain Siti Nurhaliza, kira-kira 4,500 penonton konsert itu turut terpaku dengan persembahan legenda rock tanah air Amy Search yang menyampaikan dua lagu iaitu ‘Kerja Gila’ dan ‘Isabella’.
Persembahan hampir empat jam itu turut diserikan dengan persembahan pelajar sekolah terpilih, penuntut UiTM, Aizat dan Ana Rafali serta diacarakan alumni UiTM Faizal Ismail.
Selain itu, Siti Nurhaliza turut menghadiahkan sebuah tas tangan koleksi peribadinya berjenama Prada kepada penonton bertuah menerusi cabutan khas.
Konsert berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh empat fakulti UiTM iaitu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik; Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media; Fakulti Muzik serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. – BERNAMA

*bagusla kalau macam tue..ada niat dihati untuk kaya kan diri dengan ilmu pengetahuan..(sebenarnya diri sendiri pun masih excited nak sambung blaja,mood macam bulan september akan muakan kuliah seperti biasa)

Friday, April 29, 2011

Alhamdullilah...selamat dah semuanya dengan tesis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ini selamat sudah sampai di rumahku di Johor. semalam setelah selesai semua peresent thesis yang mengambil masa sekejep je, sempat saya siapkan apa lagi kerja-kerja tertangguh.maka selesai semua kerja saya sebagai seorang pelajar di UiTM Bandaraya Melaka. pengalaman 3 tahun jadi orang Melaka puas dengan jalan dan shopping..hahaha~

dalam pukul 4 lebih semua kerja-kerja akhir siap, saya terus balik, dengan keadaan yang tak berapa nak cukup tidur, mata mengantuk.pulang ke rumah ain tairuddin dan fana fanot untuk berehat. then, siap-siap terus pekena coconut shake klebang dengan diorang.then baru saya pulang ke johor.

Alhamdullilah, tiada masalah apa-apa yang nak dibetulkan dengan tesis dan dan member satu kumpulan. thanks to ika, hafiz,pejal,marzuki and awida sbb banyak membantu untuk menyiapkan dalam masa yang singkat.!korang terbaik!!!nanti bila dah kaya jangan lupa call ibu eah!!hahaha

rupa thesis yang dah siap!

sekarang, masa untuk berehat sebelum memulakan karier pada hari selasa. wish me luck!


Wednesday, April 27, 2011

Persiapan terakhir untuk tesis!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sekarang terasa masa 24 jam tak cukup, esok adalah hari untuk saya menyelesaikan tugas terakhir sebagai seorang pelajar. presentation untuk tesis yang selama ini saya siapkan akan terlerai esok jam 9 pagi di UiTM Kampus Bandaraya Melaka jam 9 pagi di z142.[jumpa saya disana].

sekarang tengah bertungkus lumus bersama kawan-kawan satu group untuk last touch up, editing, then printing dan binding. ikhlaskan diri untuk siapkan semoga esok tiada masalah yang berlaku.jom kita berkampung di library untuk last task!

jujur perasaan saya nervous, sebab dah macam-macam menceceh dalam tesis ni, cuma nak tahu ianya logic ataupun tidak.semoga esok saya berjaya.moga tiada apa-apa masalah yang mendatang

p/s: semoga berjaya pada saya. miss savethisblog so much!

Sunday, April 24, 2011

Mood peperiksaan! Good luck semua!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Dikala saya sedang memikirkan cara untuk berehat, rakan-rakan saya masih bertungkus lumus untuk menghabiskan study nota-nota dan sume yang berkaitan. mungkin sekarang ramai antara mereka yang kurangkan bersosial dan semacamnya..ini semua kerana mulai esok ramai student IPTA akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini.


ingat lagi, semester yang lepas memang azamkan ingin yang terbaik untuk keputusan yang cemerlang.maklumlah, masa tue semester terakhir akan menghadapi peperiksaan. tapi kita sebagai manusia hanya merancang dan berusaha, tuhan yang menentukan segalanya..still bersyukur masih terbaik untuk diri sendiri.

jadi, pada teman-teman yang mula menghadapi peperiksaan esok hari saya ucapkan semoga berjaya, especially to savethisblog.[buat elok-elok ea. malam ini saya akan pastikan awak tidur awal sebab saya tahu awak da banyak stdy masa duduk di rumah]. miss u..[auww]haahhaha

p/s: mesti saya pun akan jadi pening sebab banyak bende tak habis baca lagi kalau ader exam. sebab suke baca notes last minutes. tapi sekarang nak siapkan thesis last minit.USAHA TANGGA KEJAYAAN!

notamulut:alhamdullilah..rezeki belajar sudah tamat..rezeki untuk bekerja lepas ini..doakan yang terbaik bila dah jadi insan yang bekerjaya..


Friday, June 18, 2010

Academic session UiTM,July-November 2010

5th July 2010.it's time to study!

Adalah dimaklumkan bahawa cuti semester untuk pelajar-pelajar UiTM sehingga 4th July 2010.so,untuk yang berkaitan sila ambil perhatian ok dengan tarikh nie.walaupun belom tentu yang kita sume akan ke kelas pada 5hb tue, tapi tape, kiter bole wat plan lain.cuti semester kali ini memang lama. kalau siapa kata tak lama tolong beritahu saya, korg memang pelik.hahahaha.

yes, semester depan dah jadi part 5 student. tak sangka, cepat dah masa berlalu. tinggal 1 sem je lagi habisla aku belajar.hiip.hooray!!(-_0) bukan senang ok nak belajar smpai habis.memang banyak dugaan+cabaran+gosips+dan bnde yang tak bole nak cter. so, sem depan banyak bnde nak kene prepared termasuk tempat untuk aku wat prac hujung tahun nie.mintak semuanya berjalan lancar.

pada CIK AIN dan CIK FANA.nanti kita jumpa ok. aku memang dah puas cuti lame2. dah cukup lemak aku kumpul okei.hahahaha. korang mesti slim melim kan?

Tabung Harian

Related Posts with Thumbnails
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

design by Grumpy Cow Graphics